Urusbiz

English

Polisi Bayaran Balik & Pembatalan

Berkuat kuasa 25/11/2026 · versi 1

Polisi ini terpakai kepada langganan Urusbiz yang dibeli daripada DIDEEQ NETWORK PLT (No. SSM LLP0034393-LGN). Harga semasa di halaman Harga.

1. Percubaan percuma

Pelan Takwim boleh dicuba percuma selama 30 hari. Tiada caj semasa tempoh percubaan, dan tiada langganan bermula tanpa invois pertama dibayar.

2. Tiada bayaran balik untuk tempoh yang sudah dibayar

Langganan dibayar terlebih dahulu (bulanan atau tahunan). Tiada bayaran balik untuk tempoh yang sudah dibayar, termasuk jika langganan dibatalkan atau diturunkan sebelum tempoh tamat.

3. Naik pelan

Naik pelan berkuat kuasa serta-merta. Caj prorata dikenakan untuk baki tempoh semasa.

4. Turun pelan dan pembatalan

Turun pelan atau pembatalan berkuat kuasa pada akhir tempoh yang sudah dibayar. Tiada caj seterusnya selepas itu. Pelanggan boleh terus menggunakan pelan semasa sehingga tempoh tamat.

5. Tunggakan dan penggantungan

Invois yang tidak dibayar diberi tempoh tangguh 7 hari. Selepas itu akaun digantung; halaman awam pelanggan kekal 30 hari kemudian dipaparkan sebagai tidak tersedia. Membayar invois tertunggak memulihkan akaun.

6. Data selepas pembatalan

Data disimpan 12 bulan selepas penggantungan atau pembatalan. Pelanggan diberi amaran dan boleh mengeksport data sebelum ia dipadam.

7. Pengecualian: caj berganda atau ralat teknikal

Jika anda dicaj dua kali untuk invois yang sama, atau dicaj kerana ralat teknikal sistem kami atau gerbang pembayaran, amaun berkenaan dikembalikan dalam 7 hari bekerja selepas disahkan, ke kaedah bayaran asal. Tiada pengecualian lain.

8. Cara meminta

Emel contact@urusbiz.com dengan nombor invois, tarikh dan bukti bayaran, atau gunakan borang hubungi. Kami menjawab dalam waktu sokongan (8.00am - 5.00pm).